awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ceroboh tanah kubur untuk cari harta lama ditahan polis

Bernama
Bernama
16/12/2019
12:41 MYT
Dua lelaki ceroboh tanah kubur untuk cari harta lama ditahan polis
Polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 2 petang mengenai kegiatan dua lelaki itu. - Gambar hiasan
Polis menahan dua lelaki disyaki menceroboh tanah perkuburan untuk mendapatkan harta lama di Kampung Batu Hampar, Pantai Remis di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 2 petang mengenai kegiatan dua lelaki itu yang dikatakan menggali sebuah kubur lama.
"Siasatan polis mendapati, kawasan tersebut adalah kawasan perkuburan purba yang terletak di atas bukit dan sebuah daripada kubur itu dikatakan milik seseorang berketurunan raja zaman dahulu dan dikatakan terdapat harta ditanam bersama.
"Tindakan serta-merta polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek dengan bantuan orang awam dan polis turut merampas cangkul serta penyodok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nor Omar berkata siasatan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka datang dari Pulau Pinang untuk mencari harta di dalam kubur tersebut.
"Kedua-dua lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan ujian air kencing juga mendapati mereka bebas pengaruh dadah," katanya.
Difahamkan, kubur yang terletak di atas bukit dan di dalam kawasan berpagar itu telah dikorek sedalam lebih 0.6 meter oleh kedua-dua suspek.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ceroboh kubur
#gali kubur
#harta lama
#kubur lama
#orang awam
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan