awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tender perolehan Tentera Darat: SPRM kesan wang tunai RM2.4 juta cuba dilarikan
Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen
Kebakaran musnah 20 bot laju di Jeti Chalong, Phuket
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki diberkas kes curi kabel di Taiping

Bernama
Bernama
17/11/2025
22:55 MYT
Dua lelaki diberkas kes curi kabel di Taiping
Dua suspek direman empat hari bagi siasatan lanjut kes curi kabel di Taiping. Polis turut merampas sebuah Mitsubishi Triton yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut. - Foto IPD Taiping
IPOH: Polis menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam kes curi kabel di persimpangan lampu isyarat Jalan Kamunting-Batu Kurau, berhampiran Kolej Vokasional Taiping, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata suspek berusia 24 tahun dan 34 tahun itu diberkas pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping dalam satu operasi susulan tular video berkaitan kejadian tersebut di media sosial.
"Hasil semakan turut mendapati kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau masing-masing 10 dan satu rekod, dengan kebanyakan membabitkan kes curi kabel di sekitar daerah ini.
"Polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton berwarna hitam yang dipercayai digunakan ketika melakukan kegiatan tersebut," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek direman empat hari bagi siasatan lanjut.
Mohamad Nasir berkata tangkapan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan IPD Taiping membanteras kegiatan curi kabel yang menyebabkan kerugian harta benda dan menjejaskan kemudahan awam.
"Penduduk setempat diminta untuk terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi membolehkan tindakan segera diambil sekali gus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.
Sebelum ini, tindakan pantas seorang remaja menyalurkan maklumat kepada polis berjaya membawa kepada penahanan empat lelaki disyaki terbabit dalam cubaan mencuri kabel di Jalan Kamunting-Batu Kurau, berhampiran Kolej Vokasional Taiping pada 14 Nov lepas.
Bertindak atas maklumat tersebut, polis berjaya menahan empat suspek yang sedang leka membuka penutup lubang kabel di lokasi berkenaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#Taiping
#Mohamad Nasir Ismail
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan