awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki dikhuatiri lemas di kawasan perkelahan Sungai Lembing

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
01/04/2018
14:08 MYT
Dua lelaki dikhuatiri lemas di kawasan perkelahan Sungai Lembing
Dua lelaki berusia 24 dan 32 tahun dikhuatiri lemas di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing. -Astro AWANI
Dua lelaki berusia 24 dan 32 tahun dikhuatiri lemas di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, di sini, hari ini.
Kejadian jam 4 petang itu berlaku ketika mangsa Muhammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24 tahun, dan Dola Kamarudin, 32 tahun, mandi-manda sebelum dihanyutkan arus deras.
Kejadian disedari pengunjung lain yang cuba menyelamatkan mangsa, namun air yang terlalu deras mengakibatkan mangsa hilang dibawa arus sungai.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 4.07 petang.
"Kita kemudian menggerakkan sebuah jentera dengan seorang pegawai dan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota ke lokasi kejadian.
“Kita juga menggerakkan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Bomba sukarela ke lokasi bagi melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pusat operasi juga akan dibuka serta keterangan beberapa saksi kejadian akan diambil bagi membantu pencarian mangsa.
"Setakat ini, kedua-dua mangsa belum dijumpai dan kita sudah memaklumkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Caption: Orang ramai cuba mencari dua mangsa lemas di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Dola Kamarudin
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang
#lemas
#Mohd Sani Harul
#Muhammad Ikhbal Abu Bakar Chandran
#Pahang
#PPDA
#Sungai Lembing
#Sungai Pasir Kubur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan