Skip to main content

Malaysia

Dua lelaki direman 7 hari kes bunuh kanak-kanak di Sepanggar

KOTA KINABALU – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang mayatnya ditemukan di kawasan semak atas bukit Kampung Numbak di sini pada Rabu.
Mayat mangsa ditemukan di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar, semalam. - Gambar fail
Advertisement

KOTA KINABALU: Dua lelaki termasuk seorang warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang mayatnya ditemukan di Kampung Numbak, Sepanggar, dekat sini semalam.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 39 dan 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dikemukakan oleh pegawai penyiasat ASP La Paula Abd Muis.

Kedua-dua lelaki itu ditahan semalam susulan penemuan mayat kanak-kanak warga tempatan Nurjilya Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 13 Julai lepas.

Mayat mangsa ditemukan di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement