GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan mengenai kejadian memukul dua gelandangan di hadapan sebuah bank di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini seperti yang tular menerusi media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata kejadian terhadap dua gelandangan lelaki yang juga peminta sedekah itu berlaku pada 2 petang, Rabu lepas dan seorang daripada gelandangan itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian pada hari sama.
"Menurut mangsa, dia bertindak merakam kejadian dua lelaki memukul seorang peminta sedekah menggunakan rotan di hadapan sebuah bank di Komtar menerusi telefon bimbitnya dan apabila tindakannya disedari kedua-dua lelaki itu, mereka turut memukulnya menggunakan rotan sama.
"Kejadian menyebabkan mangsa mengalami lebam di belakang badan, siku kanan dan betis serta dirawat di Hospital Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Soffian berkata susulan laporan yang dibuat mangsa, polis menahan dua lelaki berusia 27 dan 43 tahun yang bekerja sebagai penyelia pembersihan di bangunan Komtar pada Ahad lepas bagi membantu siasatan.
Beliau berkata pihaknya turut merampas dua batang rotan yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Katanya ujian air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah namun seorang daripadanya mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah.
Menurut Soffian hasil siasatan yang dijalankan mendapati dua lelaki tersebut sering memukul peminta sedekah atau orang gelandangan yang berada di sekitar hadapan bank itu.
"Kedua-duanya kini direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan senjata. Kertas siasatan kes itu juga telah lengkap dan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut," katanya.
Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang hingga mendatangkan mudarat kepada orang lain sekali gus mengambil pendekatan bijak serta mengikut lunas undang-undang dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Terdahulu tular menerusi Facebook dan Twitter tiga video berdurasi dua minit, 20 dan 45 saat antaranya memaparkan seorang lelaki mendakwa dipukul oleh beberapa individu di kawasan Komtar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021

Menurut Soffian hasil siasatan yang dijalankan mendapati dua lelaki tersebut sering memukul peminta sedekah atau orang gelandangan yang berada di sekitar hadapan bank itu.

Small Town Heroes ulangi kejayaan di China
Filem Small Town Heroes mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi trofi pada Festival Filem Asia Pasifik ke-60.

eMADANI: 'Anda tidak layak sekiranya tidak kemuka penyata cukai tahun taksiran 2022'
Kementerian Kewangan menjawab beberapa pertanyaan popular di laman sosial berkaitan masalah penebusan kredit eMADANI.

'Ruby' bantu siasatan kematian Zayn Rayyan
Unit K9 Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Sabtu.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

KKM akan teruskan SOP COVID-19 untuk kekang penularan ketika banjir - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan COVID-19.

Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.

Polis Pulau Pinang utamakan terima laporan bukan pakaian pengadu
Polis Pulau Pinang menjelaskan keutamaan pasukan itu ialah untuk menerima laporan daripada pengadu dan bukan pakaian pengadu.
Kesedaran tentang rasuah bentuk jati diri bakal pemimpin
Tan Sri Azam Baki berkata, pengetahuan tentang antirasuah dan nilai etika boleh menjadi peringatan dan melindungi bakal pemimpin masa depan daripada terjerumus dalam rasuah.
Isham dipecat kerana masalah disiplin, kritik parti sesuka hati
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti, Isham Jalil adalah kerana masalah disiplin.

Lelaki pukul gelandangan ditahan reman tiga hari
Lelaki warga tempatan berusia 36 tahun ditahan Sabtu lalu bagi membantu siasatan dalam kes memukul seorang gelandangan.

Empat lelaki termasuk pelajar didakwa cederakan gelandangan
Seramai empat lelaki termasuk tiga pelajar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan mencederakan seorang gelandangan dan remaja lelaki, bulan lepas.

3 remaja pukul gelandangan diberkas, seorang masih dikesan
Kejadian berlaku di bawah jambatan Pelabuhan Klang berhampiran sebuah pasar raya Lebuh Beringin.

Polis sedang kesan empat lelaki pukul gelandangan
Kumpulan individu itu memukul lelaki gelandangan berkenaan menggunakan pemukul besbol jenis besi.

Polis buru sekumpulan lelaki pukul gelandangan
Kejadian berlaku di bawah jambatan Pelabuhan Klang berhampiran sebuah pasar raya Lebuh Beringin.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan pukul gelandangan depan bank
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan mengenai kejadian memukul dua gelandangan di hadapan sebuah bank di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) seperti yang tular.