awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM60,000

Bernama
Bernama
24/02/2022
08:22 MYT
Dua lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM60,000
ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki pertama berusia 34 tahun ditahan di dalam sebuah kereta Proton Satria di parkir kenderaan sebuah pasar raya di Damansara pada 6.30 petang. - Bernama
PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas ganja bernilai lebih RM60,000 dalam operasi di Damansara di sini dan Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki pertama berusia 34 tahun ditahan di dalam sebuah kereta Proton Satria di parkir kenderaan sebuah pasar raya di Damansara pada 6.30 petang.
"Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu, polis menemukan sebuah kotak mengandungi 17 ketulan mampat dipercayai ganja seberat 16.21 kilogram dianggarkan bernilai RM53,493. Polis turut merampas kereta itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Berdasarkan maklumat daripada lelaki terbabit, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail dan menahan seorang lelaki berusia 44 tahun, setengah jam kemudian.
"Hasil pemeriksaan di dalam bilik pertama rumah itu menemukan tiga ketulan mampat dipercayai ganja seberat 2.92 kilogram dianggar bernilai RM9,636 di dalam sebuah beg di dalam almari," katanya sambil menambah polis turut menyita kereta jenis Volkswagen Golf dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR.
Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan pengedaran dadah dan mereka kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#polis
#ganja
#serbuan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan