KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang menggunakan taktik licik mengubah suai but kereta untuk ruang lebih luas bagi tujuan mengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Cheras pada Rabu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata polis turut merampas ganja dan ketamin masing-masing seberat 43.9 serta 8.4 kilogram bernilai RM2 juta daripada suspek berusia 44 dan 57 tahun itu.
Beliau berkata mereka dipercayai memperoleh bekalan ganja dan ketamin itu daripada rangkaian pengedaran dadah antarabangsa dari sebuah negeri di selatan tanah air.
Siasatan mendapati bahawa kedua-dua suspek, yang memiliki rekod jenayah, menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas.
"But kereta yang diubah suai itu boleh memuatkan dadah sebanyak 80 kilogram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.
Azmi berkata susulan itu, polis menyita dua kereta, sebuah motosikal dan merampas seutas rantai, sebentuk cincin emas serta wang tunai RM3,095.
Beliau berkata ujian awal air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua lelaki positif dadah jenis ganja.
"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Azmi juga berkata polis telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM24.2 juta dan menahan 1,061 pengedar sejak Januari hingga April lepas melalui operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.
"Hasil operasi itu juga, polis telah menahan 1,484 penagih dadah dan 35 individu yang diambil tindakan di bawah Undang-Undang Pencegahan (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021

Azmi (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, 7 Mei, 2021. -- fotoBERNAMA

Siti Nordiana ‘hilang suara’, kes saman ditangguhkan
Prosiding kes saman Siti Nordiana Alias terhadap lima individu termasuk dua artis iaitu Lan Solo dan Syura, ditangguhkan selepas penyanyi itu hilang suara.

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
AWANI Ringkas: SPRM sedia beri justifikasi | Agihan subsidi perlu pendekatan baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun
Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Keputusan rayuan Isa Samad pada 31 Januari 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Januari tahun depan, untuk menyampaikan keputusan dalam rayuan yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Fahamkan rakyat tentang IDN dan e-invois - YB Arau
"Kita minta supaya kerajaan terang kepada rakyat, banyak yang tak faham, beri faham dahulu baru kita laksanakan," kata YB Arau.
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Agong, Putera Albert II lawat pusat konservasi Harimau Malaya, gajah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang.

Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.
SPRM sedia kemuka justifikasi isu akaun Aman Palestin
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk mengemukakan justifikasi kepada mahkamah berikutan isu pembekuan aset Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aman Palestin.

'DIY' but kereta jadi kedai kopi barista Mohamad Hazreel
Mohamad Hazreel berkata, anak muda perlu sentiasa berani mencuba dan berusaha keras apabila menceburi dunia perniagaan.

Dibunuh kerana cemburu, mayat disorok dalam but kereta
Seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya dijumpai di dalam but kereta di Taman Sri Orkid, Seksyen 30 di sini pada Selasa.

But kereta jadi stor dadah di kondominium mewah
Menurutt polis, kesemua rampasan dadah itu dianggar bernilai RM115,490 dan percaya sindiket itu aktif sejak November lepas.

Bimbang dijangkiti, guru letak anak positif COVID-19 dalam but kereta
Dia berbuat demikian bagi melindungi dirinya daripada terdedah kepada virus itu semasa dalam perjalanan ke pusat kesihatan.

Dua lelaki ditahan ubah suai but kereta untuk edar dadah
Polis turut merampas ganja dan ketamin masing-masing seberat 43.9 serta 8.4 kilogram bernilai RM2 juta daripada suspek berusia 44 dan 57 tahun itu.

Suami isteri diberkas, dadah RM110,000 dirampas
Heroin seberat kira-kira 6.2 kilogram dan Methamphetamine (549 gram) itu ditemui di dalam but kereta jenis BMW.

Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit
Malah tindakan lelaki ini lebih berani dengan menjual bunga api dan mercun secara terbuka di tepi jalan dekat Taman Nuri, Alor Setar.

PKP: Polis tahan lelaki bawa rokok seludup
Dalam operasi itu, seorang suspek lelaki berusia 30-an yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan ditahan dalam kejadian pukul 4.30 petang.

Lelaki ditahan kes kanak-kanak berpaut pada bumbung kereta, dibebas
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata pembebasan itu adalah sementara menunggu pegawai penyiasat melengkapkan kertas siasatan.

Anggota polis Malaysia cuba seludup tenggiling ditahan di Songkla
Ketua Kastam Sadao, Siripong Wuttinam berkata, suspek lelaki berusia 27 tahun itu ditahan ketika sedang memandu seorang diri untuk melalui pusat pemeriksaan tersebut untuk masuk ke negara itu.