Polis Selangor pada Jumaat lalu menahan dua lelaki dipercayai anggota Geng 08 di Pusat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Besraya atau Lebuhraya Sungai Besi yang mereka aktif dalam pengedaran dadah dan senjata api.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata dalam penahanan 10.30 malam itu, pihaknya juga merampas 22 butir peluru jenis 9mm yang disyaki diperoleh dari negara jiran dan syabu seberat 30.2 gram.
Menurut beliau, kedua-dua suspek pada mula dipercayai merancang untuk singgah makan di R&R itu namun telah dikesan pihak polis.
"Mereka masing-masing berusia 23 dan 28 tahun dan mempunyai rekod jenayah serta positif ujian dadah.
"Kami juga percaya mereka aktif dalam pengedaran dadah di sekitar Serdang dan Seri Kembangan (Selangor) sejak enam bulan lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Serdang dekat sini.
Thaiveegan berkata siasatan dan pemeriksaan lanjut menunjukkan mereka turut memperoleh bekalan dadah dari sekitar Lembah Klang.
Mereka mempunyai tatu kumpulan di beberapa bahagian badan.
"Sekarang kita tengah berusaha untuk mengesan di mana letaknya senjata api yang digunakan dalam kegiatan mereka," katanya dan menambah mereka direman enam hari sehingga 5 Sept ini untuk bantu siasatan.
Kes tersebut disiasat di bawah tiga kesalahan iaitu Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kes berlainan, Thaiveegan berkata pihak polis berjaya melumpuhkan kegiatan pecah kedai telefon dan kedai runcit di sekitar Salak Tinggi dan Serdang dengan tertangkapnya empat individu di Serdang Perdana, Seri Kembangan Ahad lalu.
Beliau berkata mereka ditangkap beserta barangan rampasan bernilai RM65,000 yang antaranya berupa 120 telefon bimbit pelbagai jenama dan dua buah komputer riba.
Sebelum menangkap tiga daripada mereka, katanya polis terlebih dahulu menahan seorang individu di tepi kedai di Serdang Perdana kira-kira 6.30 pagi sebelum suspek membawa polis ke sebuah rumah yang menjadi tempat persembunyian tiga rakannya itu.
"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka yang berumur antara 25 hingga 34 tahun itu positif dadah dan kini ditahan sehingga 5 Sept untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," tambahnya.
Bernama
Wed Sep 04 2013
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.