KUANTAN: Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta dalam satu kejadian di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan hala Kuantan kira-kira jam 7.52 pagi Sabtu.
Mangsa maut dikenali sebagai Yusof Ibrahim, 58, dari Kampung Baru Sungai Miang, Pekan manakala seorang lagi, Ismail Jaafar,61, belum dikenal pasti alamatnya.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal kejadian mendapati kedua-dua mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR datang dari arah Gebeng menghala ke Kuantan.
"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian iaitu berhampiran Depoh Alam Flora, motosikal mangsa dikatakan telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan secara mengejut.
"Tindakan itu (tukar laluan) menyebabkan sebuah kereta dari arah sama di lorong kanan tidak sempat mengelak, seterusnya melanggar motosikal terbabit yang dinaiki kedua-dua mangsa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau memberitahu, akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa telah tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.
"Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
“Pemandu kereta jenis Nissan Almera yang merupakan seorang wanita berusia 32 tahun pula mengalami sakit di bahagian dada," ujarnya.
Wan Mohd Zahari turut menjelaskan pemeriksaan lanjut mendapati penunggang motosikal tidak mempunyai sebarang lesen memandu selain cukai jalan tamat tempoh kira-kira tiga tahun lalu.
“Hasil siasatan awal juga mendapati kejadian berlaku disebabkan kecuaian penunggang motosikal yang mengubah haluan secara mengejut.
"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 03 2023
Lokasi Kejadian maut membabitkan dua lelaki di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan hala Kuantan pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Penunggang motosikal maut terperosok bawah MPV
Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di sini pada Khamis.
Dua lelaki maut akibat tukar laluan secara mengejut
Tindakan menukar laluan itu menyebabkan sebuah kereta dari arah sama di lorong kanan tidak sempat mengelak, lalu melanggar motosikal terbabit.
Mabuk: Peraih ikan memandu lawan arus dituduh membunuh
Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh hari ini kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pemandu mabuk rempuh lelaki direman
Seorang peraih ikan yang dipercayai memandu menentang arus di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja syarikat pembersihan di Jalan Pintasan Kuantan di sini, malam tadi.
Lelaki maut dilanggar pemandu mabuk melawan arus di Kuantan
Mangsa dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang di bawah pengaruh alkohol serta memandu melawan arus pada kira-kira jam 9.38 malam.