awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki maut dilanggar ketika cuba isi minyak di lorong kecemasan

Bernama
Bernama
27/12/2021
10:47 MYT
Dua lelaki maut dilanggar ketika cuba isi minyak di lorong kecemasan
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu ia membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori jenis Isuzu, motosikal jenis Honda dan sebuah treler.
REMBAU: Dua lelaki maut selepas dilanggar sebuah treler ketika kedua-duanya dipercayai ingin mengisi minyak lori di lorong kecemasan di Kilometer 241.6, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori jenis Isuzu, motosikal jenis Honda dan sebuah treler.
Katanya, pemandu lori jenis Isuzu, Saifuddin Abdullah, 50, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala penunggang motosikal jenis Honda, R. Morgana Krishnan, 49, putus kepalanya akibat rempuhan itu. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan berhenti di lorong kecemasan kerana kehabisan minyak dan dibantu oleh penunggang motosikal yang datang membawa botol minyak.
Kemudian datang treler dari arah Ayer Keroh menghala ke Senawang merempuh mereka yang berdiri di sebelah kanan lori lalu kedua-dua mangsa melambung dan jatuh di atas lorong kecemasan di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat.
Katanya, pemandu lori treler berkenaan telah meninggalkan lokasi selepas kemalangan dan usaha untuk mengesan pemandu sedang dijalankan selain kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut dilanggar treler
#Lebuh Raya Utara Selatan
#lorong kecemasan
#isi minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan