awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki maut pulang dari sambutan Hari Sukan Negara 2016

Bernama
Bernama
09/10/2016
23:50 MYT
Dua lelaki maut pulang dari sambutan Hari Sukan Negara 2016
Dalam kejadian petang Sabtu itu, mangsa Mohd Nizam Rosli dan Mohamad Hafiz Yusuf meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Gambar fail
Dua lelaki yang pulang daripada program sambutan Hari Sukan Negara maut apabila motosikal yang dinaiki mereka melanggar sebuah treler di lorong kecemasan di KM 33.9, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kulai, kira-kira 31km dari sini.
Dalam kejadian 2.30 petang Sabtu itu, mangsa, Mohd Nizam Rosli, 22, dan Mohamad Hafiz Yusuf, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Razak Md Said, dalam kenyataan pada Ahad, berkata siasatan awal mendapati penunggang, Mohd Nizam, gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar treler yang berhenti di lorong kecemasan itu
Beliau berkata pihak keluarga menuntut mayat mangsa untuk urusan pengebumian selepas proses bedah siasat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, selesai pada pukul 11 pagi Ahad.
Dalam pada itu, beliau menafikan kononnya polis masih gagal menghubungi keluarga mangsa seperti yang diviralkan menerusi media sosial.
Beliau meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak berasas itu bagi menghormati keluarga mangsa. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Sukan Negara
#Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim
#maut
#Mohamad Hafiz Yusuf
#Mohd Nizam Rosli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan