awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki parah ditetak dalam pergaduhan di Cheras, suspek utama diburu

Bernama
Bernama
01/04/2023
07:33 MYT
Dua lelaki parah ditetak dalam pergaduhan di Cheras, suspek utama diburu
Polis sedang mengesan Heranpal Singh Harjan Singh untuk membantu siasatan. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Dua lelaki cedera parah akibat ditetak dengan parang dalam pergaduhan di Jalan Mutiara Raya, Cheras, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata hasil siasatan dijalankan, seorang wanita tempatan berusia 39 tahun ditahan pada 7.30 malam tadi di Taman Seri Aman, Cheras.
Beliau berkata polis menerima makluman daripada anggota Ronda Cegah Jenayah dari Balai Cheras pada 4 pagi itu, mengenai satu kes pergaduhan melibatkan dua mangsa lelaki tempatan.
"Mangsa cedera di bahagian leher, lengan dan tangan akibat pergaduhan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zam Halim berkata usaha mengesan suspek utama pergaduhan itu yang dikenali sebagai Heranpal Singh Harjan Singh, nombor kad pengenalan 780628-06-5409 dan beralamat terakhir di No 241 Jalan Karak, 28400 Mentakab, Pahang, sedang giat dijalankan.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parah ditetak dengan parang
#pergaduhan
#Jalan Mutiara Raya
#Taman Seri Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan