awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki parah ditetak geng parang

Bernama
Bernama
20/07/2013
00:52 MYT
Dua lelaki parah ditetak geng parang
Dua lelaki parah ditetak tiga lelaki bersenjata parang di tempat letak kenderaan sebuah flat di Lintang Paya Terubong, di sini awal Jumaat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian 5.10 pagi itu, mangsa Chan Yong Fang, 35, yang bekerja sebagai mekanik singgah di rumah Ooi Lean Keong, 45, untuk membantu rakannya membaiki motosikal.
"Mereka baru tiba di tempat letak kenderaan selepas keluar makan bersama apabila mangsa melihat tiga suspek memanjat pagar dan secara tiba-tiba menyerang mereka," kata kepada pemberita di sini hari ini.
Ekoran insiden itu Chan cedera di kepala, belakang badan selain urat tangan kanannya putus manakala Ooi patah siku kiri dan luka di kedua belah tangan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Gan berkata berdasarkan keterangan mangsa, mereka tidak mengenali suspek dan motif kejadian masih disiasat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan 17 kaki judi terdiri daripada 11 lelaki dan enam wanita berumur antara 30 dan 59 tahun di sebuah rumah kedai di Jalan Perak, di sini.
Dalam serbuan pukul 1.30 pagi itu polis turut merampas 24 set mahjong, 173 cip pelbagai warna, tiga biji dadu dan wang pertaruhan RM205.
Katanya kesemua kaki judi berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#George Town
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan