awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki samun kedai emas dalam masa 28 saat

Bernama
Bernama
27/09/2016
12:15 MYT
Dua lelaki samun kedai emas dalam masa 28 saat
Dalam masa 28 saat, dua lelaki dipercayai bersenjatakan pistol, melarikan barangan kemas bernilai RM50,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, hari ini. -Gambar fail
Dalam masa 28 saat, dua lelaki dipercayai bersenjatakan pistol, melarikan barangan kemas bernilai RM50,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi itu, suspek yang memakai topi dan berkaca mata hitam telah masuk ke premis itu sebelum mengarahkan pekerja kedai mengeluarkan dulang berisi emas.
"Suspek mengacukan senjata tersebut ke arah tiga pekerja perempuan yang turut berada di dalam premis semasa kejadian.
"Suspek mengarahkan pekerja premis agar mengeluarkan dulang berisi emas sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata semasa kejadian, enam pekerja perempuan ada bersama dengan pemilik kedai.
"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek melarikan barang kemas tersebut bersama dengan dulang barang kemas berkenaan dan membuang dulang tersebut di tepi jalan berhampiran kedai emas berkenaan.
"Kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan menunjukkan suspek hanya mengambil masa lebih kurang 28 saat untuk melarikan sebuah dulang berisi subang emas dan anggaran kerugian kira-kira RM50,000," kata Muhamad Zaki.
Beliau berkata premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan sejak beroperasi 24 tahun yang lalu.
"Pihak polis sedang giat menjalankan usaha mengesan suspek dan Ops Tutup turut dilaksanakan. Rakaman CCTV dari premis sekitar akan diteliti," katanya. -Bernama
Topic Berkaitan
#kedai emas
#muhammad zaki harun
#Ops Tutup
#samun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan