awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki warga emas maut, kereta langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/11/2024
01:10 MYT
Dua lelaki warga emas maut, kereta langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi
Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala Seremban, awal pagi tadi. - Gambar JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini menghala Seremban, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, dalam kejadian itu kedua-dua mangsa Lim Ka Sing dan Liew Choon Seng, masing-masing berusia 64 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul pukul 3.42 pagi, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V yang dinaiki mangsa terlanggar pembahagi lorong dan mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit di bahagian hadapan.
“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan anggota bomba,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Ahmad Mukhlis menambah, kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi itu, kata beliau, melibatkan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#warga emas maut
#Plaza Tol Sungai Besi
#langgar pembahagi Plaza Tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan