KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Pakistan ditemukan lemas di Sungai Klang berhampiran sebuah sekolah menengah di Jalan Tun Sambanthan, di sini, pada Khamis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.09 tengah hari tadi dan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.
"Pasukan bomba yang tiba di lokasi telah dimaklumkan pihak polis terdapat dua lelaki warga Pakistan lemas di sungai berkenaan.
"Operasi pencarian dilakukan oleh pasukan bomba bersama Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Kuala Lumpur di sekitar kawasan terakhir mangsa dilaporkan hilang menggunakan empat kayak dan dua peralatan menyelam," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, jabatan bomba dalam kenyataan petang tadi menyebut mayat pertama ditemukan pada 4.07 petang berhampiran Masjid Jamek Petaling pada jarak enam kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
"Mangsa kedua pula dijumpai pada 4.10 petang di aliran sungai Lorong 4, Kampung Tengah iaitu 12 km dari lokasi dilaporkan hilang dengan bantuan pasukan bomba dari BBP Puchong," menurut kenyataan itu.
Kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi yang turut disertai Unit PPDA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu tamat pada 5.32 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Dua lelaki warga Pakistan ditemukan lemas di Sungai Klang berhampiran sebuah sekolah menengah di Jalan Tun Sambanthan di sini, pada Khamis. - Gambar fail
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Nelayan didakwa bunuh lelaki warga Pakistan
Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan pada 21 Okt lepas.
Kanak-kanak pandu kereta: Bapa didakwa cuai, dedah kepada kecederaan fizikal
Bapa kanak-kanak 12 tahun yang memandu kereta didakwa atas pertuduhan bertindak cuai hingga mungkin mendedahkannya kepada kecederaan fizikal.
Empat warga Pakistan belasah pemandu kereta direman
Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 24 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Majistret T Ashvinii.
Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta
Tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.
Warga Pakistan mengaku rompak, rogol wanita di jejantas KTMB
Seorang penganggur warga Pakistan mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol dan merompak seorang wanita tempatan di jejantas stesen KTMB.
Polis tahan dua warga Pakistan terlibat kes samun, rogol
Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang disyaki terlibat dengan jenayah samun dan rogol di sekitar jejantas stesen KTM Serdang.
Lelaki Pakistan menyamar pegawai perubatan klinik didenda RM8,000
Seorang lelaki warga Pakistan yang menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik di Cheras, dijatuhi hukuman denda RM8,000.
Warga Pakistan mengaku tidak bersalah cabul wanita Perancis
Muhammad Akhtar membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret.
AS pindahkan tahanan Guantanamo Majid Khan ke Belize - Pentagon
AS menghargai kesediaan Belize dan rakan kongsi menyokong usaha berterusan AS yang memberi tumpuan kepada pengurangan tahanan.
Warga Pakistan jadi pendaki termuda dunia takluk puncak melepasi ketinggian 8,000m
Shehroze Kashif kini menjadi pendaki gunung termuda di dunia yang berjaya mendaki 10 puncak gunung yang melebihi 8,000 meter.