awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian

Bernama
Bernama
22/01/2025
02:10 MYT
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Siasatan awal mendapati terdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan. - Foto JBPM Johor
KOTA TINGGI: Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian di sini petang semalam, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat pada 5.30 petang dan melalui siasatan awal mendapati terdapat lima individu bersaudara ke kawasan pantai untuk mandi sebelum dihanyutkan.
Mangsa terdiri seorang wanita, seorang kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan selain seorang lelaki berusia 60 tahun yang cuba menyelamat mereka.
"Lelaki terbabit yang juga mempunyai talian persaudaraan cuba menyelamatkan mangsa pada mulanya tetapi naik semula ke darat disebabkan ombak kuat. Kesemua mangsa kemudian berjaya dibawa ke darat oleh pasukan penyelamat dibantu orang awam.
"Bagaimanapun, dua daripadanya tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Kota Tinggi (HKT). Kes diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR)," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, PBT II Ezam Mistorerrudin berkata seramai 15 anggota dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan pacuan empat roda Hilux dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
"Empat mangsa berjaya diselamatkan manakala dua lagi ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan segera memberikan bantuan pernafasan sementara menunggu ketibaan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).
"Bagaimanapun, pihak KKM kemudian mengesahkan dua mangsa iaitu Siti Fatimah Jaafar, 33, dan Nur Arisya Hanan Mohd Salleh, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Mangsa yang selamat ialah Jaafar Yusof, 60, Nur Qaisara Farhana Mohd Farid, 13, Danial Abu, 10, dan Nur Alisya Shafiya Jamil, 10, dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Pantai Bayu Impian
#Pantai
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan