TAPAH: Seorang pemandu parah dalam kejadian dua lori terjunam ke bawah jambatan di Kilometer 336 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pemandu lori sebuah syarikat kurier yang berusia 42 tahun itu kini dirawat di Hospital Tapah.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 7 pagi, melibatkan sebuah lori kontena dengan lori milik syarikat kurier J&T.
“Kemalangan dipercayai berlaku ketika lori kontena jenis Nissan warna kuning yang dalam perjalanan menuju ke arah Ipoh membawa muatan barangan runcit sebuah pasar raya.
“Apabila sampai di tempat kejadian, lori itu telah mengalami kerosakan mekanikal dan berhenti di lorong kecemasan,” katanya kepada pemberita di sini.
Tambahnya, lori syarikat kurier jenis Isuzu berwarna merah dan putih kemudian hilang kawalan dan melanggar bahagian kanan hadapan lori kontena, menyebabkan kedua-dua kenderaan terjunam ke bawah jambatan kira-kira 15 meter.
Menurutnya, dalam kemalangan itu, pemandu lori syarikat kurier mengalami kecederaan di bahagian dada manakala pemandu lori kontena tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P. Prathiparaj 014-6178095) untuk membantu siasatan.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Aug 03 2023
Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 7 pagi, melibatkan sebuah lori kontena dengan lori milik syarikat kurier J&T. - Gambar/ PDRM
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
19 maut bas bertembung dengan trak
Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan enam lagi cedera parah apabila sebuah bas bertembung dengan trak dua treler, lapor Agensi Anadolu yang memetik pihak berkuasa tempatan.
Pemandu, kelindan lori tersepit kemalangan 3 kenderaan
Pemandu dan kelindan sebuah lori tiga tan cedera selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan, berhampiran pekan Sekinchan.
5 maut kemalangan kereta, lori di Jalan Gua Musang-Lojing
Lima maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Lojing di Tanah Tinggi Lojing, di sini, hari ini.
Lelaki dipercayai lemas lori dipandu terjatuh laut
Seorang lelaki dipercayai lemas setelah lori dipandunya terjatuh ke dalam laut dalam kejadian dekat Pelabuhan Barat di sini pada Ahad.
Laluan lebuh raya Ipoh-Terowong Menora telah dibuka
Laluan lebuh raya arah utara antara Ipoh ke Terowong Menora telah dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula jam 4.15 petang pada Ahad.
Pemandu maut, lori rempuh belakang treler di Lebuh Raya Utara Selatan
Nahas melibatkan dua buah lori, salah satu daripadanya membawa muatan makanan sejuk beku.
Dua lori terjunam bawah jambatan, seorang pemandu parah
Seorang pemandu parah dalam kejadian dua lori terjunam ke bawah jambatan di Kilometer 366 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat sini, hari ini.
Pacuan empat roda bertembung lori, seorang maut, dua cedera
Seorang pemandu maut, manakala penumpangnya cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori.
Brek rosak, lori rempuh 16 kereta lain
Kegagalan brek sebuah lori berfungsi dengan baik mengakibatkan pemandunya gagal mengawal kenderaan berat itu lalu merempuh 16 kenderaan yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat.
Tragedi Lenggong: "Tunggu Mama di syurga..."
Sungguh kuat naluri keibuan Zarina Yong sehingga dia tahu anak-anaknya telah pergi meninggalkannya ketika dia masih tidak sedarkan diri di hospital.