KUALA LUMPUR:Dua maut dalam kemalangan selepas kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan, dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Selayang berdekatan Bulatan Batu Caves, Gombak di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan menyatakan seorang penumpang berumur 25 tahun ditemui meninggal dunia, sementara pemandu berumur 29 tahun, tersepit di bahagian tempat duduknya dalam kejadian kira-kira 6.48 pagi itu.
“Bomba terdahulu menerima pemakluman kemalangan itu sebelum bergegas ke tempat kejadian. Setibanya disitu terdapat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish yang terbabas melanggar penghadang jalan, dengan dua orang mangsa di dalamnya.
“Penumpang dalam kenderaan tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak bomba kemudiannya terpaksa memotong pintu kenderaan terbabit bagi tujuan mengeluarkan pemandunya yang tersepit.
“Mangsa berjaya dikeluarkan namun turut disahkan meninggal dunia. Kedua-dua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 08 2020

Sebuah MPV jenis Toyota Wish telah terbabas melanggar penghadang jalan, dengan dua orang mangsa di dalamnya. - Gambar hiasan

Bicara kes saman Mujahid berhubung isu Sajat bertelekung bermula 12 Julai
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang memfailkan saman pada 12 Ogos tahun lepas.

Tumpuan AWANI 7:45 - Kuarantin di rumah tidak sesuai | Pemulihan aset terbesar
Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang tindakan kuarantin di rumah merisikokan ahli keluarga lain. Ujar bekas Perdana Menteri itu, pesakit dijangkiti COVID-19 sepatutnya dikuarantin berasingan. Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset 1MDB bernilai 3.9 bilion dolar Amerika daripada Goldman Sachs. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

Ahli politik proses sendiri ganja, jual RM300 sebotol
Suspek pernah bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik tahun lalu.

PKP 2.0 | Pasar Besar Kedai Payang kembali suram
Kemeriahan dan kerancakan aktiviti perniagaan di Pasar Besar Kedai Payang sekali lagi 'diragut' susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan di negeri itu. Bagaimanapun peniaga yang menjual makanan dan lauk pauk masih meneruskan jualan seperti biasa.

Harga RON95, RON97 dan diesel naik
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

COVID-19 | Papan tanda lokasi risiko tinggi di Los Angeles
Pihak berkuasa Los Angeles, California, meletakkan papan tanda di beberapa lokasi risiko tinggi COVID-19 di bandar itu. Ini ketika negeri itu bergelut untuk membendung gelombang baharu wabak tersebut, sambil memastikan akses vaksin yang mencukupi buat penduduknya.

Vaksin COVID-19 | Petani di California diutamakan terima vaksin
Kebanyakan negara mengutamakan petugas kesihatan dan warga emas untuk menerima vaksin COVID-19. Namun di California, Amerika Syarikat, golongan petani turut menjadi keutamaan bagi menjamin rantaian makanan negara itu tidak terputus.

Patuh SOP: Polis Terengganu edar risalah kesedaran santai
Polis Terengganu ambil insiatif edar risalah dan poster kesedaran di SJR negeri itu untuk mengingatkan masyarakat untuk mematuhi SOP.

Saringan COVID-19 | Kaedah RTK-Ag harus dikendali operator mahir
Ujian saringan COVID-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) harus dikendalikan oleh operator yang terlatih. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia juga harus dilakukan dalam tempoh masa lima ke tujuh hari selepas simptom.

Malaysia harap perdagangan dengan AS lebih teratur di bawah Biden
Biden sah dilantik sebagai Presiden AS Ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Rabu.

Pejalan kaki maut dirempuh SUV
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa disyaki melintas secara mengejut dari baju jalan kanan ke kiri.

Dua maut kenderaan terbabas, langgar penghadang jalan MRR2
Seorang penumpang berumur 25 tahun ditemui meninggal dunia, sementara pemandu berumur 29 tahun, tersepit di bahagian tempat duduknya dalam kejadian kira-kira 6.48 pagi itu.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

Wanita nyaris maut bongkah konkrit jatuh atas kereta
Video kejadian tersebut tular di media sosial yang menunjukan keadaan cemas ketika usaha membantunya berdasarkan keadaan kenderaan mangsa yang agak teruk.

Masalah brek, bas Rapid KL terbakar di Batu Caves
Kejadian jam 9.40 malam itu berlaku berdekatan kuil Batu Caves di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Pemandu bas rempuh kereta ditahan, sedang dirawat
Pemandu bas tersebut cuba melarikan diri namun orang ramai berjaya menangkapnya.

Bas rempuh tujuh kenderaan, pengguna Jalan Ampang saksi adegan mendebarkan
Insiden itu dipercayai bermula di kawasan Keramat berdekatan dengan sebuah kilang pemproses produk farmaseutikal di Keramat.

MRR2, Ampang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat
Hujan lebat sejak jam 3 petang menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air kira-kira setengah meter.

Paip pecah, 63 kawasan wilayah Gombak alami gangguan bekalan air
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata, kerja pembaikan paip bersaiz 600 millimeter itu sedang giat dijalankan dan dijangka siap hari ini juga.

Kren tumbang MRR2: Netizen mengeluh terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang, Selangor hari ini menerima pelbagai reaksi pengguna jalan raya.