awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut kereta bertembung bas ekspres

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2022
03:30 MYT
Dua maut kereta bertembung bas ekspres
Anggota bomba membersihkan kawasan kemalangan di Kampung Bendang Pauh, Pasir Mas pada Ahad. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Dua maut apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Bendang Pauh di sini pada Ahad.
Kejadian berlaku pada jam 5 pagi mengorbankan dua mangsa iaitu pemandu kereta, Mohd Yusairie Osman, 38, dan penumpang hadapan, Abdul Majid Hamid, 37.
Pemandu bas berusia 58 tahun hanya mengalami kecederaan ringan manakala kira-kira 20 penumpang terselamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zulkifli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.08 pagi memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur menghala ke Pasir Mas bertembung dengan kereta jenis Toyota dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah di Kampung Bendang Pauh.
“Seorang mangsa tersepit di dalam kereta manakala seorang lagi tercampak keluar kereta.
“Pasukan penyelamat dari Tanah Merah bergegas membantu operasi menggunakan peralatan alat pemotong untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Ahad.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 6.55 pagi,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Yusairie Osman
#Abdul Majid Hamid
#nahas kereta bas ekspres
#Kampung Bendang Pauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan