awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut langgar belakang lori kontena

Sinar Harian
Sinar Harian
25/09/2022
02:30 MYT
Dua maut langgar belakang lori kontena
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Wawasan di Bandar Baru Ampang di sini pada Ahad. -Foto Sinar Harian
AMPANG: Seorang lelaki dan seorang wanita maut selepas kereta dinaiki dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.04 pagi.
"Seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Norazam berkata, kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki dua mangsa melanggar belakang sebuah lori kontena yang parkir di bahu jalan.
"Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di ruang hadapan kereta," katanya.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 3.50 pagi menggunakan peralatan khas.
"Kedua-dua mangsa berusia 33 dan 42 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rempuh belakang lori
#Bandar Baru Ampang
#nahas kereta lori
#lori kontena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan