JOHOR BAHRU: Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.3, Lebuhraya Senai Desaru menghala ke Senai di Kota Tinggi, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan I KUP Faizal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan yang melibatkan kereta Perodua Alza dan Hyundai i30 itu pada pukul 3 petang.
Beliau berkata Alza tersebut membawa enam penumpang dengan dua daripadanya maut, dua lelaki dan seorang perempuan cedera, serta seorang kanak-kanak lelaki, manakala seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki Hyundai i30 juga cedera.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati terdapat dua mangsa tersepit di dalam Alza. PKO bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mereka disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan menaiki ambulans KKM," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan kemalangan tersebut bagaimanapun berkata identiti kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu akan dimaklumkan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 58.3, Lebuhraya Senai Desaru menghala ke Senai di Kota Tinggi, petang tadi. - Foto Sinar Harian

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Family Feud Malaysia Tamil temui peminat malam ini
Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.

Peruncit diingatkan jangan sorok, letak syarat beli gula
Peruncit diingatkan supaya tidak menyorok gula dan meletakkan syarat kepada pembeli kerana tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka.

Seorang maut, enam cedera dalam nahas MPV
Seorang pemuda maut manakala enam lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.2 Lebuhraya Senai-Desaru dekat sini pada Ahad.

Dua maut, lima cedera dalam kemalangan libatkan dua kenderaan
Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kota Tinggi.

Nahas 5 kenderaan, kanak-kanak 2 tahun maut, 6 cedera
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut manakala enam lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 57.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Bandar Penawar, di sini, pada Ahad.

Kontraktor projek jajaran laluan SDE diberi notis pembatalan kontrak
Kontraktor berkenaan dijadualkan memasuki tapak projek itu pada 6 Jan lepas, namun gagal berbuat demikian hingga kini.

Remaja maut, rakan cedera dalam nahas motosikal di Lebuhraya Senai-Desaru
Kemalangan dipercayai berlaku apabila Nur Hafizal hilang kawalan lalu melanggar motosikal rakannya sebelum merempuh penghadang jalan.

Bas sekolah bawa 38 murid terbakar
Bas yang membawa 38 murid itu dalam perjalanan ke sebuah sekolah swasta di Senai.

Pemandu maut, kereta bertembung bas ekspres di lebuhraya Senai-Desaru
Seorang pemandu kereta maut manakala pemandu serta 30 penumpang bas ekspres selamat dalam kemalangan di Kilometer 64.4, Lebuhraya Senai-Desaru dekat Kota Tinggi, malam tadi.