awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut mesin kilang proses getah meletup

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/02/2025
03:50 MYT
Dua maut mesin kilang proses getah meletup
Letupan dipercayai berlaku ketika semua pekerja terlibat sedang melakukan kerja penyelenggaraan ke atas lima mesin yang sedang beroperasi. - Gambar ihsan PDRM
TANGKAK: Dua pekerja kilang maut manakala tujuh lagi cedera selepas sebuah mesin di kilang pemprosesan getah di sini, meletup pada petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, letupan dipercayai berlaku ketika semua pekerja terlibat sedang melakukan kerja penyelenggaraan ke atas lima mesin yang sedang beroperasi.
“Pihak polis menerima laporan kira-kira pukul 2 petang semalam yang mana letupan itu menyebabkan sembilan pekerja mengalami kecederaan parah.
“Rentetan itu, dua daripada mangsa yang terlibat disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke Hospital Tangkak dan Hospital Pakat Sultanah Fatimah Muar (HPSF),”katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut katanya, kedua-dua mangsa yang maut itu berusia lingkungan 40-an dan 50-an, manakala tujuh lagi mangsa masih menerima rawatan di Zon Merah HPSF.
Katanya, daripada jumlah mangsa, enam mangsa merupakan lelaki warga tempatan, manakala masing-masing seorang lelaki warga Bangladesh, seorang warga Nepal dan seorang warga Myanmar.
Roslan berkata, proses bedah siasat dijalankan pagi Selasa dan siasatan diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Topic Berkaitan
#mesin meletup
#mesin proses getah
#dua pekerja kilang maut
#kilang pemprosesan getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan