awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda

Sinar Harian
Sinar Harian
02/07/2024
08:15 MYT
Dua maut motosikal terbabas langgar tiang papan tanda
Keadaan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Besar di Kluang. - Foto/ Ihsan pembaca
KLUANG: Dua maut selepas motosikal ditunggangi dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan di Jalan Besar Kluang, di sini pada kira-kira jam 3 pagi, Selasa.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penunggang motorsikal yang maut dikenali sebagai Ahmad Firdhous Sulaiman, 31 dan pembonceng, Nurul Syafika Atira Zakaria, 25.
Katanya, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha MT-09 berkenaan datang dari arah Jalan Besar menuju ke Bulatan Batu Pahat.
"Sebaik tiba di tempat kejadian motosikal jenis Yamaha MT-09 dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan.
"Akibatnya pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Manakala penunggang meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati, motosikal berkenaan adalah milik rakan penunggang.
"Kes disiasat mengikut Seksyen41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#langgar tiang
#papan tanda
#Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan