awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut nahas dua kenderaan di Butterworth

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/12/2023
02:40 MYT
Dua maut nahas dua kenderaan di Butterworth
Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Sungai Lokan, Butterworth. - Foto JBPM
KEPALA BATAS: Dua lelaki maut manakala seorang selamat dalam kemalangan di Jalan Sungai Lokan, Butterworth awal pagi tadi.
Mangsa dikenali Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, dan Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.41 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba pihak bomba mendapati terdapat kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis BMW dan Perodua Myvi.
"Dua mangsa yang menaiki Perodua Myvi telah tersepit manakala pemandu kereta BMW berjaya keluar dengan sendirinya sebelum ketibaan pasukan bomba dan penyelamat.
"Anggota bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit namun mereka berdua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Manakala pemandu BMW berusia 46 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Kes berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya .
Operasi ditamatkan sekitar jam 4.04 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#meninggal dunia
#Muhammed Ahsan Mohamed Ayub
#Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan