JOHOR BAHRU: Dua maut dalam kemalangan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas dan merempuh tiang jejantas di susur masuk ke Taman Damansara Aliff di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Taman Perling di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin berkata, terdapat lima mangsa dalam kenderaan terbabit ketika kejadian.

Katanya mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Charles Anak Singgai, 24, dan Rizky Ahmad Hua Abdullah, 35.

"Dua mangsa maut di tempat kejadian termasuk salah seorang tersepit di bahagian penumpang dan seorang lagi mangsa dilaporkan tercampak keluar daripada kenderaan.
 
 
"Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan menyerahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

"Manakala tiga lagi mangsa iaitu Douglas Anak Martin, 29, Kareno Anak Esang, 39 dan Andy Mieky Anak Bunyah, 22 mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini