BAGAN DATUK: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera setelah kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas masuk ke dalam parit berhampiran Kompleks Sukan Bagan Datuk, di sini hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian itu berlaku sekitar jam 3.25 pagi tadi.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dikejarkan ke lokasi.
"Didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara terbabas ke dalam parit dan melibatkan tiga orang mangsa.
"Dua daripadanya terperangkap di dalam kereta manakala seorang lagi tercampak keluar dari kenderaan yang sama," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Ujar Sabarodzi, Komander operasi kemudiannya membuat size up dan mengarahkan anggota menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa.
"Dua orang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.
"Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya lagi.
Operasi yang membabitkan seramai sembilan orang anggota itu diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Nafis Nazmi Bin Abdul Hadi dan tamat jam 4.50 pagi.
Aida Aziz
Wed May 22 2024
Keadaan kereta yang terbabas ke dalam parit berhampiran Kompleks Sukan Bagan Datuk. - Foto JBPM Perak
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast
Kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort.
Pesawat terhempas ketika cuba mendarat, empat anak kapal terbunuh
Sekurang-kurangnya empat anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat Agensi Keselamatan Kazakhstan terhempas di Almaty.
Ini apa anda perlu tahu tentang nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan.
Allahyarham Mohd Irfan rancang untuk buat filem penerbangan - Esma Daniel
Pelakon Esma Daniel turut terkesan dengan berita nahas helikopter yang berlaku di Taman Melawati, Ampang pukul 12 tengah hari Ahad.
Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.
Pemandu maut, lima lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan di Kuala Terengganu
Nahas berlaku di kilometer 35, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu kira-kira jam 4.30 petang Rabu.
Nahas Ethiopian Airlines: Juruterbang tidak jalani latihan simulasi Boeing 737 MAX 8
Sumber memberitahu Reuters kapten pesawat nahas Ethiopian Airlines tidak menjalani latihan mesin simulator untuk Boeing 737 MAX 8.
Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas
Pesawat malang Lion Air Boeing 737 yang terhempas pada pagi Isnin bersama 189 penumpang dan anak kapal dikatakan terbang dengan cara 'luar biasa' sehari sebelum terhempas di Laut Jawa.
Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat
Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai,dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
113 penumpang pesawat Hercules dipercayai terkorban dalam tragedi di Medan
Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.