awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, seorang cedera parah kereta rempuh tembok perkuburan Cina

Bernama
Bernama
23/04/2017
11:13 MYT
Dua maut, seorang cedera parah kereta rempuh tembok perkuburan Cina
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. Gambar hiasan
Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tembok perkuburan Cina di Jalan Mount Erskine, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kemalangan kira-kira pukul 7.20 pagi itu, pemandu S. Krisnna Kumar,29, dan penumpang S.Rajan,22, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka.
"Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki tiga lelaki dari Jalan Lembah Permai menghala ke Jalan Gottlieb telah hilang dikawal dan terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh perkuburan Cina di situ.
"Ekoran rempuhan itu, pemandu dan penumpang hadapan kereta berkenaan telah tercampak keluar dan mati ditempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya di sini.
Beliau berkata seorang lagi penumpang lelaki berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut serta dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Mior Faridalatrash berkata dua mayat mangsa dihantar ke HPP untuk dibedah siasat.
"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan saksi yang melihat kemalangan itu bagi membantu siasatan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden berkenaan diminta tampil di balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat," katanya.
Beliau berkata kemalangan itu disiasat menurut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Pulau Pinang
#Jalan Mount Erskine
#kemalangan
#kubur Cina
#Mior Faridalathrash Wahid
#rempuh tembok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan