awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, seorang parah dilanggar ketika tukar tayar bas mini

Radhi Muslim
Radhi Muslim
21/03/2021
09:36 MYT
Dua maut, seorang parah dilanggar ketika tukar tayar bas mini
Anggota bomba mengeluarkan mayat dari bawah kenderaan pacuan empat roda yang merempuh bas mini dalam kejadian di Jalan Utara, dekat Batu 5, Sandakan pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
SANDAKAN: Dua lelaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaa pacuan empat roda ketika sedang menukar tayar bas mini dalam satu kejadian di Jalan Utara, dekat Batu 5, di sini, pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar pukul 1.30 tengah hari itu, identiti semua mangsa belum dikenal pasti.
Namun berdasarkan maklumat awal diterima, mangsa yang maut merupakan pemandu bas mini dan konduktornya.
Manakala, seorang lagi lelaki yang juga rakan mereka dilaporkan mengalami kecederaan parah.
Beginilah keadaan bas mini yang dirempuh kenderaan pacuan empat roda.
Beginilah keadaan bas mini yang dirempuh kenderaan pacuan empat roda.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa berhenti di tepi jalan raya dan ketika sedang menukar tayar bas, sebuah pacuan empat roda merempuh mereka dari arah belakang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.
"Setakat ini dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang lagi parah.
"Mangsa yang parah sudah dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut. Manakala mayat turut dihantar ke bilik mayat hospital sama," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Beliau turut memaklumkan pemandu pacuan empat roda itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Topic Berkaitan
#dilanggar ketika tukar tayar
#bas mini
#pacuan empat roda
#Jalan Utara
#Sandakan
#Sabah
#dua maut
#seorang parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan