awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
India dan Pakistan saling bertukar senarai aset nuklear
Kepengerusian ASEAN: Filipina akan teruskan momentum pengerusi terdahulu
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, seorang parah motosikal bertembung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/05/2022
04:00 MYT
Dua maut, seorang parah motosikal bertembung
Dua penunggang meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala selain patah tangan dan kaki. - Foto ihsan PDRM
PENDANG: Dua penunggang motosikal maut manakala seorang remaja 16 tahun cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Demak Evo Z yang ditunggang seorang remaja lelaki berusia 19 bersama penunggang Yamaha Y15 datang dari arah Sungai Daun menghala ke arah Kuala Kedah.
Manakala penunggang motosikal Modenas Kriss pula dari arah Kuala Kedah menghala ke arah Sungai Daun.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15 itu bertembung dengan Modenas Kriss sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa tepelanting ke atas jalan.
"Manakala Demak Evo Z yang ditunggangi remaja lelaki cuba mengelak daripada terlanggar lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.
“Akibat perlanggaran itu, remaja lelaki terbabit mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Yan.
Shahnaz berkata, dua lagi penunggang meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala selain patah tangan dan kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Identiti mangsa yang meninggal dunia dikenali pasti Ahmad Ashraf Anwar Majdi, 24, dan Muhammad Ridzuan Mohamad Noor, 19.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
FOTO PDRM
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#maut
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan