awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut susulan pacuan empat roda lawan arus pagi tadi

Bernama
Bernama
12/09/2021
03:43 MYT
Dua maut susulan pacuan empat roda lawan arus pagi tadi
Hasil saringan awal ujian air kencing pemandu pacuan empat roda itu positif dadah jenis ganja dan suspek direman selama enam hari. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Dua maut termasuk seorang remaja perempuan dalam nahas di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, dekat sini setelah kenderaan dipandu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang melawan arus, 2.09 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata siasatan awal mendapati, pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun, dari arah Kuala Lumpur ke Klang secara melawan arus telah bertembung dengan sebuah Proton Wira.
"Dua mangsa yang maut, remaja perempuan 18 tahun yang merupakan pemandu kereta dan seorang lelaki 19 tahun yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baharudin berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam, dekat sini untuk bedah siasat.
Jelasnya, hasil saringan awal ujian air kencing pemandu pacuan empat roda itu positif dadah jenis ganja dan suspek direman selama enam hari bermula hari ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahaya," katanya.
Baharudin berkata saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami, di talian 011-31215697 untuk membantu siasatan.
Dalam pada itu, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata kedua-dua mangsa kemalangan tersebut didapati tersepit ekoran pelanggaran tersebut dan pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mereka.
Beliau berkata, operasi menyelamat membabitkan lapan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam diketuai Komander Operasi Kanan Kamarul Zaman Abd Rani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawan arus
#Nahas
#Dadah
#positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan