SHAH ALAM: Keadaan kereta yang remuk selepas melanggar pembahagi jalan di jejambat Padang Jawa, Seksyen 7 Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang pada Khamis.
Dua maut selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki mereka yang terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di jejambat Padang Jawa, Seksyen 7, Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang, di sini pada Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dikenali sebagai Merioh Asok, 26, dan Yahaya Ampiu, 26, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.09 pagi.
"Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun bersama tiga penumpang.
"Kereta dipandu lelaki terbabit hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan dua penumpang tercampak atas jalan dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Norazam berkata, pemandu lelaki terbabit cedera parah tersepit di bahagian hadapan kenderaan dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba.
"Seorang lagi penumpang berjaya keluar dari kenderaan dan mengalami cedera ringan," ujarnya.
Beliau memberitahu, dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk menerima rawatan.
"Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 04 2021
Keadaan kereta yang remuk selepas melanggar pembahagi jalan di jejambat Padang Jawa, Seksyen 7 Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang pada Khamis. -Foto Sinar Harian
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Dua maut tercampak, kereta langgar pembahagi jalan
Kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan mereka tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia.