awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut termasuk seorang rentung kereta rempuh treler

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
26/12/2023
22:15 MYT
Dua maut termasuk seorang rentung kereta rempuh treler
Keadaan mangsa yang terlibat dalam nahas di Kilometer 18 Jalan Pekan-Nenasi di Kampung Sungai Miang Pekan pada Selasa. - Foto PDRM/JBPM
PEKAN: Dua maut manakala seorang darinya rentung dalam satu kemalangan melibatkan Perodua Kancil yang terbakar dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Pekan - Nenasi di Kampung Sungai Miang Pekan pada jam 7.45 malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Kancil dengan sebuah treler.
Katanya, pihak polis menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 malam sebelum 16 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dan Nenasi dihantar ke lokasi kejadian.
"Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang menaiki Perodua Kancil itu ketika dalam perjalanan menghala ke Johor, telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan serta merempuh sebuah treler.
"Akibat kemalangan itu, Perodua Kancil telah terputus dua dan terbakar menyebabkan seorang mangsa tercampak keluar dan seorang lagi rentung 100 peratus manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
"Bagaimanapun, identiti mangsa yang rentung setakat ini belum dapat dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Zaidi berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba Pekan dan Nenasi telah melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos salur dengan bantuan air tangki pam jentera.
Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Pekan untuk tujuan bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kereta rempuh treler
#dua maut
#seorang rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan