awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, tiga cedera kereta bertembung lori

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2024
07:31 MYT
Dua maut, tiga cedera kereta bertembung lori
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan di Batu 17 Jalan Gum-Gum, Sandakan.
SANDAKAN: Dua dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Batu 17 Jalan Gum-Gum dekat sini pada pagi Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang maut masing-masing lelaki dan wanita yang belum diketahui identiti mereka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 9.09 pagi.
Menurutnya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 26 kilometer dari BBP Sandakan.
"Menurut laporan, kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan bertembung dengan sebuah Perodua Axia dan terdapat lima mangsa yang terlibat.
"Tiga mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba. Dua mangsa lagi masih tersepit dan segera dikeluarkan oleh anggota kita dengan menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau berkata kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan namun disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan.
"Tiga mangsa termasuk seorang daripadanya mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital manakala dua lagi mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 10.15 pagi selepas pasukan bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kamalangan maut Sandakan
#kereta bertembung lori
#dua maut
#Perodua Axia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan