SHAH ALAM: Dua mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di sekitar perairan Jeti Marina, Pulau Indah petang semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata Pusat Operasi APMM Negeri Selangor telah menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada komuniti nelayan pada 4.26 petang dan bot PERKASA 36 yang sedang dalam operasi, diarahkan ke lokasi untuk mengesan dan melaksanakan tindakan selanjutnya.
"Lebih kurang pada 4.45 petang, PERKASA 36 tiba di lokasi dan telah menemukan dua mayat itu, satu daripadanya lengkap berpakaian, manakala satu mayat lagi hanya berseluar panjang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mayat itu kemudian dibawa ke Jeti Marina untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi siasatan lanjut.
Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi APMM Negeri Selangor di talian 03-21760627 dan sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi APMM Negeri Selangor atau MERS 999.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
Beliau berkata kedua-dua mayat itu kemudian dibawa ke Jeti Marina untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi siasatan lanjut. - Gambar hiasan
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser
Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Mayat Navalny diserah kepada keluarga
Tidak dikehatui sama ada pihak berkuasa akan membenarkan majlis pengkebumian untuk Navalny diadakan mengikut kehendak keluarga.
Letupan kilang Puchong Utama: "Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur" - Saksi
"Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur," demikian kata seorang saksi kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuruteraan dan elektrik, di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama.
Kanak-kanak hilang di Sungai Kuala Sat ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Sat, Ulu Tembeling di Jerantut dekat sini, semalam, ditemukan lemas.
Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui
Mangsa ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.
Mayat dengan kesan tusukan ditemukan di Taman Tunku, Miri
Mayat seorang lelaki dengan kesan tusukan di bahagian muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri, semalam.
Mayat lelaki Singapura dikhuatiri lemas ditemui
Mayat lelaki berusia 49 tahun ditemui orang awam kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.
Mayat wanita ditemui dengan kesan tetakan
Mangsa ditemukan kira-kira jam 11.30 pagi dalam keadaan tangan kanan hampir putus, kesan kelar pada leher dan luka di bahagian dahi kanan.
Israel guna burung pemangsa kesan mayat rakyatnya
Burung helang, hering dan burung pemangsa lain yang dilengkapi alat pengesan telah digunakan untuk mengesan mayat manusia.