awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua parah, kemalangan tiga kenderaan di Teluk Intan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/09/2022
15:25 MYT
Dua parah, kemalangan tiga kenderaan di Teluk Intan
Kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Honda CRV serta dua dua buah kereta jenis Proton Saga dan Proton Wira. - Foto ihsan JBPM Perak
TELUK INTAN: Dua lelaki cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua buah kereta di Jalan Changkat Jong, dekat sini, pada petang Jumaat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.48 petang.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah MPV jenis Honda CRV serta dua dua buah kereta jenis Proton Saga dan Proton Wira.
“Terdapat seorang mangsa di dalam Proton Wira tersepit serta cedera parah dan seorang lagi mangsa juga parah tetapi telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Nor Ahmad Mohd Sarif tamat jam 6.37 petang.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#MPV
#cedera parah
#Jalan Changkat Jong
#JPBM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan