awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pasangan suami isteri didakwa simpan harta curi milik pempengaruh 'Kieda Crepe'

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/06/2024
10:15 MYT
Dua pasangan suami isteri didakwa simpan harta curi milik pempengaruh 'Kieda Crepe'
Keempat-empat tertuduh berhadapan dakwaan menyimpan harta rompakan iaitu barang kemas milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe'. - Foto Astro AWANI
BUTTERWORTH: Dua pasangan suami isteri termasuk dua beradik didakwa secara bersama di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menyimpan harta rompakan iaitu barang kemas seberat 247.65 gram milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe', April Lepas.
Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Ezwan Syafiq Joha, 27, Nurul Hidayah Mahat, 24, Endang Nur Nabila Suriana Mahat, 22, dan Muhammad Affizan Abdullah, 24, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama dengan curang menyimpan harta iaitu seutas gelang tangan, seutas rantai leher gantung, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher yang keseluruhannya seberat 247.65 gm kepunyaan Siti Nur Khalida Yusra Mohd Jais melalui hasil rompakan berkumpulan.
Perbuatan itu didakwa di lakukan di sebuah rumah di Kampung Aman, Kepala Batas, Pulau Pinang jam 9 malam pada 25 April lepas.
Bagi kesalahan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali, manakala keempat-empat tertuduh diwakili Peguam Ranjit Singh Sandhu.
Semasa prosiding, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, bagaimanapun peguam tertuduh memohon agar mahkamah membenarkan ikat jamin dengan alasan anak guamnya iaitu tertuduh wanita yang juga adik-beradik mempunyai masalah kencing manis kronik selain salah seorang daripadanya mempunyai dua anak yang masih kecil.
Manakala tertuduh lelaki iaitu Muhammad Ezawan mempunyai pendapatan RM1,200 sebagai peniaga manakala Muhammad Affizan mempunyai pendapatan RM1,500 sebagai pekerja landskap sambilan.
Hakim Noor Aini kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM18,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Syarat tambahan juga dikenakan iaitu kesemua tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sekiranya ada, dan mereka tidak dibenarkan membuat permohonan pasport antarabangsa serta perlu melapor diri ke balai polis berhampiran kediaman mereka pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan.
Selain itu, tertuduh juga tidak dibenarkan mendekati mangsa sehingga kes selesai.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.
Topic Berkaitan
#pasangan suami isteri didakwa
#simpan harta curi
#pempengaruh
#Keida Crepe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan