awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua patah kaki lif kondominium terjatuh dari tingkat lapan

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2022
03:33 MYT
Dua patah kaki lif kondominium terjatuh dari tingkat lapan
Dua yang tercedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut. - Bomba Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Dua termasuk seorang wanita patah kaki manakala empat lagi selamat apabila lif dinaiki mereka di sebuah blok kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, jatuh dari tingkat lapan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.52 malam Jumaat.
"Seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati terdapat terdapat enam individu dalam lif yang terjatuh dari tingkat lapan," kata kenyataan itu
Mereka terdiri daripada tiga wanita, dua lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.
Dua yang tercedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.
Operasi tamat sepenuhnya jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#bomba
#Kuala Lumpur
#jatuh lif
#patah kaki
#Brickfield
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan