awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai polis ditempatkan di SKMM

Bernama
Bernama
03/04/2023
21:15 MYT
Dua pegawai polis ditempatkan di SKMM
Mohamad Salim dan Abd Jalil mengadakan pertemuan pada Isnin bagi membincangkan berkenaan keperluan memperkasa tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan 3R. - Foto Facebook SKMM
KUALA LUMPUR: Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan ditempatkan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai usaha memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berkaitan kandungan di media sosial.
MCMC dalam hantaran di Facebook pada Isnin, memaklumkan penempatan pegawai polis berkenaan di agensi itu bakal memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua agensi penguatkuasaan bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan.
Menurut agensi itu, keputusan berkenaan dipersetuju menerusi pertemuan antara Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan, pada Isnin.
"Pertemuan itu membincangkan berkenaan keperluan memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan bangsa, agama dan institusi diraja (3R).
"Pemerkasaan kerjasama sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa serta mengambil kira keperluan terkini dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang negara," menurut MCMC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Facebook
#MCMC
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan