awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai tentera didakwa pukul pegawai bawahan

Bernama
Bernama
31/10/2025
07:05 MYT
Dua pegawai tentera didakwa pukul pegawai bawahan
Kedua-dua tertuduh ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Dua pegawai tentera berpangkat Kapten mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang pegawai Leftenan Muda di Kem Terendak, Sungai Udang di sini, Februari lepas.

Ringkasan AI
  • Dua Kapten tentera didakwa mencederakan seorang Leftenan Muda di Kem Terendak pada Februari lalu dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
  • Mereka dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibenarkan jaminan RM3,000 setiap seorang dengan syarat tidak mengganggu mangsa dan saksi.
  • Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Disember untuk serahan dokumen.

Mohamad Solehudin Darus, 30 dan Ahmad Hazlan Haris Azman, 28 didakwa secara sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa berusia 26 tahun di bahagian muka, belakang badan serta paha di hadapan mes pegawai Rejimen Pertama Artileri Diraja Para, Kem Terendak pada 22 Feb antara 2.30 pagi hingga 6 pagi.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca dengan Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan
Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdullah Mohd Rodzlad mencadangkan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Peguam P Shamala yang mewakili dua pegawai itu merayu jaminan dikurangkan kepada antara RM1,000 hingga RM2,000 kerana mereka menanggung keluarga dan telah lama berkhidmat dalam tentera tanpa rekod buruk.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin setiap tertuduh berserta syarat dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Dis untuk serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dua pegawai tentera
#kapten
#didakwa pukul pegawai bawahan
#Kem Terendak
#Mahkamah Majistret Ayer Keroh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan