awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pegawai tentera maut langgar belakang lori di Taiping

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2016
03:24 MYT
Dua pegawai tentera maut langgar belakang lori di Taiping
Kemalangan berlaku dipercayai akibat motosikal mangsa telah melanggar tepat pada bahagian belakang treler yang sedang bergerak. - Gambar fail
Dua pegawai tentera maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori tangki muatan susu getah di kilometer 229 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan dekat Taiping, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Polis Perak, Supt Wan Jamil Wan Chik memaklumkan dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kedua-dua anggota tentera tersebut maut di tempat kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati ketika kejadian treler yang dipandu seorang lelaki sedang dalam perjalanan daripada Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur manakala mangsa penunggang dan pembonceng berusia 22 dan 23 tahun itu daripada arah yang sama.
“Kemalangan berlaku dipercayai akibat motosikal mangsa telah melanggar tepat pada bahagian belakang treler yang sedang bergerak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang maut ialah Mohd Faiz Harman, 23, beralamat di Kulim Kedah dan Mohammad Badrul Aswat Mat Zain, 22, beralamat di Sik Kedah.
Topic Berkaitan
#kemalangan Taiping
#Lebuh Raya PLUS
#Pegawai tentera maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan