awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pekerja binaan cedera dihempap besi perancah

Bernama
Bernama
27/06/2015
05:17 MYT
Dua pekerja binaan cedera dihempap besi perancah
Pekerja terbabit sedang meratakan simen lantai di tingkat satu apabila berlaku runtuhan besi perancah dan mangsa jatuh ke bawah. - Gambar hiasan
Dua pekerja pembinaan warga asing cedera selepas dihempap besi perancah dalam satu insiden di tapak pembinaan bangunan berhampiran Stesen LRT Abdullah Hukum malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata dalam kejadian 11.21 malam itu, mangsa pertama yang merupakan warga Bangladesh sedang melakukan kerja pembinaan di dalam bangunan berkenaan mengalami kecederaan patah pinggang manakala seorang lagi mangsa warga Myanmar cedera ringan pada bahagian tangan apabila dihempap besi perancah.
"Sebaik menerima aduan daripada orang ramai, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Pantai Dalam bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata daripada keterangan saksi kedua-dua mangsa bersama lima pekerja lain sedang meratakan simen lantai di tingkat satu, tiba-tiba berlaku runtuhan besi perancah menyebabkan dua mangsa terbabit jatuh ke bawah bersama arus runtuhan, manakala lima pekerja lagi terselamat kerana berada jauh dari tempat runtuhan.
Katanya mangsa kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Topic Berkaitan
#besi perancah
#hempap
#pekerja cedera
#tapak pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan