awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pekerja ladang maut dalam nahas jalan raya

Bernama
Bernama
26/06/2017
02:29 MYT
Dua pekerja ladang maut dalam nahas jalan raya
Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 4 petang akibat kecuaian. - filepic
Dua pekerja ladang warganegara Filipina maut selepas motosikal mereka tunggangi terlibat dalam satu nahas jalan raya di simpang Kampung Jaya Bakti, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Azhar Hamin berkata mangsa yang maut adalah penunggang motosikal dikenali sebagai Albin bin Amsi, 35, dan pemboncengnya Abdurazim Asad Kassin, 17.
Katanya kedua-dua mangsa, yang mati di tempat kejadian, merupakan pekerja ladang di Estate Sapat Wawasan Beluran.
Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 4 petang akibat kecuaian.
Menurutnya motosikal ditunggangi mangsa dan sebuah lagi motosikal ditunggangi rakan mereka telah memotong tiga buah kenderaan lain di hadapan.
Azhar berkata kedua-dua motosikal tersebut bergesel sesama sendiri dan menyebabkan motosikal ditungggangi mangsa tercampak ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ACP Azhar Hamin
#Filipina
#maut
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan