awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pelajar maut dilanggar lori hantu

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2016
10:57 MYT
Dua pelajar maut dilanggar lori hantu
Kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 15 motosikal yang diletakkan di hadapan SMK Bandar Damai Perdana.
Dua pelajar berusia 12 tahun maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 19 kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras petang tadi.
Kedua-dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang itu adalah pelajar Tahun Enam di sebuah sekolah kebangsaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Safiq Mohd Noor berkata berdasarkan maklumat awal, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 15 motosikal yang diletakkan di hadapan sekolah.
Lori terbabit seterusnya melanggar sebuah van dan terbalik menindih van itu. Difahamkan, dua pelajar yang maut itu berada berdekatan van berkenaan.
Van remuk ditindih oleh lori hantu.
Van remuk ditindih oleh lori hantu.
Turut terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah kereta Proton Wira dan Perodua Alza.
"Kita menggunakan kren untuk mengangkat lori dan juga van dimana di bawahnya, kita melihat ada dua orang mangsa dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian dan merupakan pelajar sebuah sekolah kebangsaan," kata Mohd Safiq.
Mayat mangsa dihantar ke sebuah hospital dan telah dituntut ahli keluarga, manakala pelajar yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#lori hantu
#pelajar maut
#SMK Bandar Damai Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan