KEMAMAN: Dua pelajar Kolej Universiti TATI (UCTATI) maut selepas kenderaan dipandu rakannya dirempuh dan diseret lebih 20 meter oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
Nahas berlaku di kilometer 145 jalan lama Kuala Terengganu-Kuantan kira-kira jam 1.37 tengahari pada Khamis berhampiran persimpangan Perwaja Steel, Teluk Kalong, Kemaman.
Insiden itu menyebabkan mangsa Muhammad Ilman Waiz Ahmad Wazi, 18, maut di lokasi kejadian, manakala Muhammad Amirul Adli Mohd Anuar, 18, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kemaman.
Pemandu Perodua Kancil Muhamad Muttaqin Zainal, 18, yang cedera dirawat di hospital yang sama.
Sementara itu, pemandu dan penumpang Toyota Hilux yang berusia 28 tahun dan 21 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari Kemaman Supply Base (KSB) Teluk Kalong menghala ke Paka, manakala tiga pelajar itu menghala ke bandar Chukai.
Menurut Hanyan siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut gagal mengelak dan merempuh bahagian sisi Perodua Kancil dipandu Muhamad Muttaqin yang memasuki simpang secara tiba-tiba sebelum diseret sejauh 21 meter.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Nur Fazlizai Ali
Thu Oct 27 2022

Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam nahas di kilometer 145 jalan lama Kuala Terengganu-Kuantan. - Astro AWANI

RM57.2 juta diperuntukan kepada Perlis untuk tangani isu dan impak banjir
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM57.2 juta kepada kerajaan negeri Perlis bagi menangani impak kejadian banjir kepada penduduk di negeri itu.

MAPIM, NGO laksana kempen perangi fitnah menerusi media sosial
MAPIM bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mewujudkan Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi memerangi penyebaran maklumat berunsur fitnah menerusi media sosial.

Belanjawan 2024 sedia ruang, peluang penting dalam usaha tangani isu perubahan iklim
Belanjawan Malaysia 2024 yang bakal dibentang membuka ruang dan menyediakan peluang penting bagi menangani isu perubahan iklim.

Jabatan Perikanan giat kembangkan ternakan ikan susu
Kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat mengembangkan ternakan ikan susu di seluruh negara.

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.

Bayi perempuan baru lahir ditemui di lantai kedai jual ayam
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai pemilik kedai berkenaan kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Kepala air Jeram Air Putih: Hari kedua operasi SAR disambung, kesan lapan lagi mangsa
Pada operasi hari ini, pasukan akan memulakan pencarian pada radius 8km dari lokasi kejadian di kiri dan kanan tebing jeram.

Remaja 13 tahun ditahan pandu kereta tanpa lesen
Remaja terbabit juga tidak mengendahkan arahan polis supaya memberhentikan kenderaan malah terus memecut melarikan diri.

Polis tahan dua pekerja pusat hiburan terlibat rompakan bersenjata
Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 pagi Khamis dalam dua tangkapan berasingan.

Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis
Suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan hasil risikan pasukan polis selepas menerima rakaman video daripada seorang saksi.

Kanak-kanak lelaki 11 tahun dikhuatiri lemas di Kemaman
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas manakala dua rakannya selamat ketika mandi-manda di alur Sungai Kuala Kemaman.

Dua pelajar UCTATI maut kenderaan dirempuh 4WD
Siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut gagal mengelak dan merempuh bahagian sisi Perodua Kancil.

Bakar remaja: Polis rakam percakapan 15 individu
Polis telah merakam percakapan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung kes bakar seorang remaja lelaki di Kampung Perasing Jaya, Jabor.

Dituduh curi RM100, remaja melecur dibakar rakan
Akibat kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun melecur dari leher hingga ke bahagian belakang badan.

Enam individu ditahan cuba seleweng minyak diesel bersubsidi
Enam individu bersama tiga buah lori muatan tiga tan yang diubah suai ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Air Putih, Kemaman.