awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pemandu lori seleweng diesel ditahan di Skudai

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
13/04/2022
04:30 MYT
Dua pemandu lori seleweng diesel ditahan di Skudai
Sewaktu serbuan, kedua-dua lelaki sedang mengisi diesel ke dalam tangki yang telah diubah suai di belakang lori tersebut. - Foto ihsan PDRM
JOHOR BAHRU: Dua pemandu lori ditahan ketika sedang mengisi minyak diesel ke dalam tangki minyak yang diubah suai di sebuah stesen minyak di Skudai, dekat sini, awal pagi tadi.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, tindakan itu diambil dalam serbuan yang dijalankan antara jam 2.30 pagi dan 2.45 pagi.
Katanya, kedua-dua pemandu, masing-masing berusia 28 dan 56 tahun, didapati membawa muatan kira-kira 2,000 liter dan 3,167 liter diesel tanpa permit yang sah.
Menurutnya, bertindak atas maklumat berkenaan penyelewengan diesel, pihaknya membuat pemantauan di kawasan stesen minyak di sekitar Skudai.
"Sewaktu serbuan dijalankan kedua-dua lelaki sedang mengisi diesel ke dalam tangki yang telah diubah suai di belakang lori tersebut.
Foto ihsan PDRM
Foto ihsan PDRM
"Pemeriksaan mendapati suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran yang sah untuk membawa barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
"Tahanan dan rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua Johor untuk tindakan lanjut.
"Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM176,539," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Foto ihsan PDRM
Foto ihsan PDRM
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Muhd Zailani menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah agar menyalurkan kepada pihak berkuasa terutamanya Pasukan Polis Marin Wilayah Dua di talian 07-2372221 atau 07-2372222.
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#polis marin
#tangki minyak diubah suai
#seleweng diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan