awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua penagih berdepan hukuman gantung

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
16/03/2018
10:14 MYT
Dua penagih berdepan hukuman gantung
Akibat dicekup kerana memiliki dadah, dua warga asing iaitu seorang lelaki dan perempuan berdepan hukuman gantung.
Mereka ditangkap dalam serbuah oleh sepasukan Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bersama anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Sandakan.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin dalam satu kenyataan berkata pihak polis membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Apartmen Taman Sejati, Batu 7, Sandakan dan telah menahan dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30an.
Antara plastik lutsinar berisi hablur ditemui bersama dua suspek. - Foto ihsan PDRM
Antara plastik lutsinar berisi hablur ditemui bersama dua suspek. - Foto ihsan PDRM
"Hasil pemeriksaan di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut, polis menjumpai satu beg yang di dalamnya terdapat beberapa plastik lutsinar jernih yang mengandungi ketulan-ketulan hablur dipercayai dadah jenis syabu.
"Kesemua plastik ini mempunyai 83.57 gram dan dianggarkan bernilai RM7,500," katanya.
Tambah Mohd Azhar, turut dirampas lipatan timah, batang straw dan gunting kecil dipercayai digunakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah.
Kata beliau, saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu.
"Kita masih menyiasat samada mereka adalah pengguna sahaja atau pengedar dadah," katanya.
Kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Topic Berkaitan
#Apartmen Taman Sejati
#Batu 7
#Dadah
#hukuman gantung
#lutsinar
#narkotik
#Sandakan
#Syabu
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan