awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pendaki alami dehidrasi diselamatkan di Taman Rimba Teluk Bahang

Bernama
Bernama
01/06/2025
22:30 MYT
Dua pendaki alami dehidrasi diselamatkan di Taman Rimba Teluk Bahang
Pasukan penyelamat mendaki ke lokasi dan menemui kedua-duanya dalam keadaan keletihan sebelum membawa mereka turun dengan selamat. - Foto JBPM Pulau Pinang
BALIK PULAU: Dua pendaki yang mengalami dehidrasi dan keletihan ketika mendaki di Taman Rimba Teluk Bahang, di sini berjaya diselamatkan pasukan bomba malam tadi.
Mangsa, seorang lelaki berusia 40 tahun dan wanita berumur 34 tahun, dilaporkan menghubungi pihak bomba pada pukul 6.40 petang memaklumkan mereka berada dalam keadaan lemah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang segera digerakkan ke lokasi.
"Mangsa berkongsi lokasi mereka di Stesen 10, Taman Rimba Teluk Bahang menerusi aplikasi WhatsApp.
"Pasukan penyelamat mendaki ke lokasi dan menemui kedua-duanya dalam keadaan keletihan sebelum membawa mereka turun dengan selamat pada pukul 10.51 malam," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.
Operasi menyelamat melibatkan lima anggota bomba.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaki
#dehidrasi
#taman rimba teluk bahang
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami