RANAU: Dua lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu di sini pada Selasa.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, kedua-dua mangsa yang juga pendaki Gunung Kinabalu ditemui di kilometer 7.5 Summit Trail dalam keadaan sedarkan diri.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi.
Katanya, seramai empat anggota dan pegawai bersama empat malim gunung dikerah ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi pada jam 9.30 pagi, mangsa pertama didapati cedera di bahagian lutut namun masih mampu untuk bergerak sendiri turun ke kaki gunung.
"Mangsa kedua pula didapati bengkak di bahagian lutut kanan dan disyaki mengalami kecederaan retak tempurung lutut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurutnya, rawatan awal terhadap kedua-dua mangsa segera dilakukan oleh pasukan penyelamat.
"Pasukan penyelamat mencuci luka mangsa pertama, manakala mangsa kedua diberi balutan anduh sebelum diangkat menggunakan stretcher untuk turun ke kaki gunung," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Dua pendaki Gunung Kinabalu terjatuh ketika paragliding
Sinar Harian
Tue Nov 30 2021
Pasukan penyelamat membawa turun kedua-dua mangsa turun dari Gunung Kinabalu dalam kejadian pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
MSAF promosi sukan udara untuk dipertanding di Sukan SEA
Dua daripada cabang sukan tersebut iaitu paragliding dan paramotor sudahpun dipertandingkan di temasya sukan dwitahunan itu sebelum ini.
'Paraglider' tersangkut 30 meter di atas pokok
Mangsa yang berusia 35 tahun itu dilaporkan mengalami cedera ringan di bahagian badan setelah tersangkut pada pokok yang dianggarkan setinggi 30 meter selepas gagal mengawal peralatan luncur udara.
Peluncur udara maut rempuh pokok: Cuaca, angin bukan punca insiden - Polis
Insiden itu berlaku dipercayai berpunca daripada masalah teknikal yang belum dapat dikenal pasti.
Peluncur udara maut tersangkut atas pokok balak
Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.56 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.
Peluncur paraglider cedera jatuh depan masjid
Mangsa, lelaki berusia 34 tahun dari Banting, Selangor, dikatakan memulakan aktiviti sukan lasak tersebut pada jam 12 tengah hari di kawasan Pengkalan Hulu, Perak.
Lelaki patah bahu terjatuh ketika aktiviti paragliding di Pengkalan Hulu
Mangsa dikatakan mengalami kecederaan patah bahu kanan selepas tersangkut di rimbunan pokok buluh.
Dua pendaki Gunung Kinabalu terjatuh ketika paragliding
Dua lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu di sini pada Selasa.
Cabar diri atasi gayat, dorong Suzana ceburi sukan luncur udara
Suzana berkata komitmennya dalam sukan paragliding pada masa ini hanyalah sekadar separuh masa.
Laura Melissa dari London mangsa salah faham calon peperiksaan SPM
Gara-gara kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 2 bagi Sijil Pertengahan Malaysia (SPM) 2019, akaun media sosial Laura Melissa Williams dari London dibanjiri dengan ribuan komen oleh anak muda Malaysia.
Lelaki Singapura terselamat dalam gempa Palu, maut kemalangan paragliding di India
Ng Kok Choong ditemui mati pada Selasa, sehari selepas dia dilaporkan hilang, seperti yang didedahkan laman web Persekutuan Sukan Udara Singapura (AFS).