awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara KL

Bernama
Bernama
06/01/2023
14:33 MYT
Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara KL
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk, bagi membantu siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur (Menara KL). - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk, bagi membantu siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur (Menara KL).
Sumber SPRM berkata kedua-dua individu berusia 49 dan 59 tahun itu merupakan orang tengah yang mengurus urusan suapan dan seorang pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham Syarikat Menara KL ,ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan.
"Kedua-dua individu ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman.
"Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada 'orang atasan', bagi membantu pengambilalihan tersebut," menurut sumber.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan tangkapan itu ketika dihubungi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Terdahulu SPRM dilaporkan telah menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara KL daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, milik penuh Telekom Malaysia (TM).
Beberapa saksi termasuk pegawai kanan TM serta syarikat-syarikat terlibat, telah diambil kenyataan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#pembelian saham
#konsesi Menara KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan